Pages

Feature Top (Full Width)

Saturday 4 July 2015

DENFORD CNC MACHINE F1 IN SCHOOL, APA YG ANDA PERLU TAHU?

Untuk pengetahuan mesin denford CNC F1 in school Malaysia yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah MC dan RK mempunyai beberapa sofware yg perlu diberi perhatian. Diantara software yang perlu diketahui adalah:-

1) Denford's VR CNC Milling

Software ini adalah merupakan controller atau alat kawalan untuk mesin cnc denford, tanpa software ini mesin cnc tidak dapat digerakkan, sofware ini juga boleh melakukan kerja simulasi pemesinan yg akan dijalankan sebelum pemesinan sebenar. software ini juga digunakan untuk "offset mata alat" dan kerja serting benda kerja sebelum pemisinan. Setting yg tidak betul akan menyebabkan mataalat akan melanggar benda kerja dan merosakkan mesin. 

Untuk makluman mesin ini dibekalkan ke KPM sekitar tahun 2007, jadi komputer yang digunakan sudah berusia hampir lapan tahun dan perlu ditukar. Bolehkah sofware ini dipindahkan ke komputer yg lain? jawapannnya,  yer boleh dengan syarat komputer lama masih boleh diakses untuk menyalin beberapa fail penting. Jika komputer lama telah rosak, komputer baru masih boleh digunakan dengan bebrapa ubahsuai.


2) Denford Quickcam 2D


Software ini digunakan untuk pemesinan 2D seperti engraving dan profile machining. Dengan menggukan sofware ini kita boleh mengukir imej gambar dan juga objek yg kita lukis. Software ini juga boleh digunakan untuk melukis. Dari software ini seterusnya g code boleh dijana dan di seterusnya dipindah ke VR CNC software untuk pemesinan.

Dari pemerhatian saya tidak ada sekolah yg saya pernah pergi yg install software ini didalam komputer dan tahu menggunakan software ini.

3) Denford quickcam 3D


Software ini digunakan untuk pemesinan 3D iaitu dari fail 3D seperti stl ataupun dari image seperti dari fail bmp. Software ini yg biasa digukan oleh pelajar dan guru untuk memesin kereta F1 mereka. Dari software ini seterusnya g code boleh dijana dan di seterusnya dipindah ke VR CNC software untuk pemesinan.



Kesimpulan- mesin dan sofware yg dibekalkan kepada sekolah MC dan RK adalah berbaloi dan boleh digunakan berpuluh tahun selagi software yg dibekalkan sesuai dengan perisian komputer yg digukan. Banyak perkara asas yg perlu diketahui untuk memastikan mesin yg dibekalkan adalah "value for money". Semua perisian sepatutnya digunakan bukan sahaja sekali sekala untuk projek F1 in school tetapi juga untuk meningkatkan P&P subjek rekacipta dan sebagainya.


sekian

No comments:

Post a Comment