Pages

Feature Top (Full Width)

Tuesday, 13 October 2026

Industri Kampung Yang Bukan Biasa-Biasa

Jelajah Teknologi

Lokasi:Kg Sungai Talan Juasseh N.Sembilan.
Berkesempatan melawat JPKK Kg Sungai Talan. Kampung jauh ke dalam tapi industri penduduk luar biasa. Industri kraf dengan mesin yang dibekalkan oleh kerajaan.
Dua buah mesin iaitu mesin CNC laser engraving dan CNC router bukan mainan orang biasa-biasa. Banyak mesin yang saya lihat terbiar sebab pengedalian dia tidaklah mudah.
Tapi disini di industri yang dinamakan Talan Kraf, mesin dikendalikan oleh ketua kampung yang berusia 61 tahun.
Bermula dari kosong tanpa ada apa-apa pengetahuan tentang mesin tapi jualan dah lebih RM100,000.00 sejak dimulakan pada 2024.
Kalau ada yg berminat nak buat tempahan boleh Hubungi Along di 012-6341741


#Talankraf
 
#sejatimadani #sejatimadanimemangkinekonomikomuniti #sejatimadanimerancakkanekonomikomuniti











Monday, 21 September 2026

Menggunakan Autodesk Fusion 360 secara percuma.

 Assalammualaikum,

Untuk maklumat, salah satu perisian lukisan 3D yg sangat bagus ialah Autodesk Fusion 360. Perisian ini boleh didapati secara percuma melalui laman web autodesk. Untuk menggunakannya secara percuma saya letakkan panduannya di sini. klik https://youtu.be/YUdx6FU447I?si=Jqdz8diON90IIiFE anda perlu mendaftar sebagai pengguna berdasarkan panduan yang diberi. Untuk pelajar dan pengajar ada juga diberikan versi penuh secara percuma.

Cuba anda daftar dahulu dan download perisian tersebut. kemudian boleh kita belajar sedikit demi sedikit.

Boleh cuba tengok basic kat sini https://youtu.be/7lKpzGtoQX0?si=k6btl3A9KYqT3NmI .

Wednesday, 4 June 2025

Mempraktikkan ilmu di lapangan sebenar

 Salam,

Ilmu pengetahuan yang dipelajari kadang kala tidak digunakan secara maksimum atau di tempat yang sepatutnya. Jadi kita tidak dapat mengetahui apakah ilmu yang dipelajari itu boleh digunakan, mampu digunakan atau sekadar dipelajari hanya untuk lulus sesuatu peperiksaan dan mendapat sijil.

Kadang-kala bila berada di sesuatu tempat saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat tersebut contohnya pemasangan penyaman udara di dewan sekolah atau masjid. Akan timbul persoalan adakah pemasangan tersebut telah mengambil kira segala bebanan penyejukan? adakah bilangan penyaman udara atau jenis penyaman udara yang dipasang sesuai dengan keadaan bangunan atau pemasangan tersebut hanya akan menaikkan bil elektrik dan tidak banyak munafaat.

Begitu juga dengan pemasangan sistem bunyi, walaupun banyak pembesar suara yang dipasang tetapi penonton tidak dapat mendengar suara dengan jelas.

Di sini sebenarnya ruang dimana kemahiran sains dan vokasional yang dipelajari boleh dipraktikkan oleh pelajar dan pengajar. Kajian kes di tempat tersebut sudah pasti sangat menarik dimana kita boleh mempraktikkan dan mengukur kemahiran kita di lapangan sebenar.

Ada pelbagai bidang dimana ilmu yang dipelajari boleh dipraktikkan seperti bidang pemasaran, kejuruteraan dan sebagainya.

Sekian

Tuesday, 2 July 2024

Kemahiran rekabentuk dan penghasilan produk

 Assalamualaikum,

Tentu ramai dari kita yang berminat untuk menghasilkan produk sendiri, dengan rekaan sendiri dan dihasilkan sendiri. Kaedah paling mudah adalah dengan memiliki pencetak 3D sendiri, Mesin pemotong laser sendiri atau mesin cnc engraving sendiri.

Bagaimanapun dengan hanya memiliki mesin tidak bermakna kita boleh menghasilkan produk sendiri. Salah satu kemahiran yang perlu ada ialah kemahiran rekabentuk dengan menggunakan perisian tertentu yang boleh menghasilkan bentuk dua deminsi dan juga 3 dimensi.

Untuk mengunakan mesin pemotong laser antara perisian yang perlu dipelajari ialah Adobe Ilustrator dan juga Adobe Photoshop. Dengan mempunyai kemahiran ini akan memudahkan anda menghasilkan produk yang berkualiti dan cantik. Selain dari itu kreativiti individu juga penting untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai tertentu.

Bagi pengguna/pemilik mesin pencetak 3D mereka perlu mempunyai kemahiran menggunakan perisian 3D seperti thinkercad, autodesk inventor, fusion 360, solidwork, catia, dan lain-lain perisian 3D yang sesuai. 

Begitu juga dengan pengguna mesin  cnc engraving, mereka juga perlu tahu menggunakan perisian CAD CAM seperti inventor cam, fusin 360, mastercam, catia dan lain.

Perisian di atas ada yang diberi secara percuma dan ada juga yng berbayar. Jika anda tidak mahu berasa menyesal atau rugi memiliki mesin canggih di atas. Anda perlu berusaha untuk mempelajarinya.




Friday, 23 December 2022

Alat pengukuran vernier caliper

 Salam,

Sekali lagi saya coretkan berkenaan alat pengukuran iaitu vernier caliper. Kali ini dalam bentuk video melalui link di bawah. Alat pengukuran ini merupakan alat yang penting dalam bidang kejuruteraan.

https://youtu.be/b3l8pKDUDUo

Monday, 5 July 2021

Pembelajaran Mesin CNC Denford F1 in school secara atas talian/online

 Assalammualaikum

Pembelajaran secara atas talian telah menjadi satu kebiasaan sejak negara dan dunia dilanda pandemik Covid-19. Hal ini berlaku kerana pergerakan dan perjumapaan secara bersemuka telah dihadkan. Pertandingan F1 in school juga terkesan oleh pandemik ini di mana pertandingan hanya dijalankan secara maya. Bilangan penyertaan juga mungkin telah berkurangan disebabkan sekatan pergerakan. Ini dapat dilihat dimana sepanjang tahun 2020 dan 2021 saya tidak menerima permintaan dari mana-mana pasukan F1 in school untuk membantu mereka membina kereta atau mengadakan kursus pemisinan untuk mereka.

Walaubagaimanapun ini tidak bermakna penyaluran ilmu akan terhenti dan dibiarkan terhenti begitu sahaja. Ketika pandemik melanda pembelajaran secara atas talian telah dijalankan secara aktif dimana pelajar dan guru terpaksa mempelajari cara menggukan tools/peralatan pembelajaran seperti microsoft teams, google meet dan lain- lain. Pembelajaran secara atas talian sudah tentu ada kekurangan dan kelebihannya. Saya sendiri juga terpaksa belajar menggunakan perisian pembelajaran untuk menyampaikan ilmu.

Daripada pemerhatian saya pempelajaran secara atas talian juga boleh dipraktikkan untuk mempelajari pemesinan CNC walaupun ia berbentuk praktikal. Antara kelebihan menggunakan pembelajaran atas talian ialah saya boleh menyampaikan ilmu kepada pelajar yang berada jauh termasuk sejauh Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini ada pasukan yang terpaksa datang dari Johor Bahru, Kuala Terengganu terpakaksa membawa mesin mereka ke tempat saya di Melaka. Perkara ini bukan semua sekolah mampu lakukan lebih-lebih lagi yang berada jauh termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga ada menerima permintaan dari luar kawasan seperti Pulau Pinang untuk datang ke tempat mereka dan terpaksa saya tolak disebab masa dan kos.

Disebabkan saya telah mempunyai pengalaman mempraktikkan pembelajar secara atas talian lebih dari satu tahun, jadi saya yakin kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengajar secara praktikal.

Antara peralatan yang perlu untuk pembelajaran secara praktikal ialah:-

1) 2 buah komputer yang boleh diaktifkan secara online. 2 buah komputer akan memudahkan untuk mempelajari cara menggunakan perisian.

2) 2 biji camera yang boleh dikatifkan dalam satu masa. Satu untuk memaparkan skrin komputer dan satu lagi untuk memaparkan pergerakan mesin. Jika ada lebih kamera lebih baik. Tujuan camera ini adalah untuk praktikal menggunakan mesin.

3) Talian internet.

Apakah pembelajaran yang akan anda pelajari:-

1) Cara install software yang diberi semasa mesin dibekalkan iaitu

a) VR milling V5 iaitu perisian untuk mengawal pergerakan mesin

b) QuickCam 3D V3 iaitu perisian untuk menjana kod bagi pemesinan 3D, cthnya memesin kereta F1 in school.

c) QuickCam 2D design iaitu melukis dan mengukir bentuk 2D dan seterusnya menjana kod untuk pemesinan, cthnya untuk buat signboard.

2) Cara menggunakan perisian yang dibekalkan untuk menggerakkan mesin dan juga melukis.

Saya akan ajar anda sehingga anda mampu mengoperasikan mesin tersebut dan saya yakin anda mampu melakukannya.




*Penggunaan mesin CNC sebenarnya tidak terhad untuk menyertai pertandingan F1 in school tetapi juga boleh digunakan untuk kerja ukiran kayu, khat dan sebagainya. Adalah satu kerugian di pihak kerajaan yang telah mengeluarkan belanja besar dan juga pelajar jika mesin tersebut tidak digunakam.

*Saya belum pernah jumpa mesin yang mengalami kerosakan teruk, kebanyakan mesin yang digunakan secara aktif mungkin akan mengalami masalah kehausan pada brush motor dan ianya boleh diganti dengan harga yang murah kurang dari RM30.00.

 Mesin yang terbiar selama bertahun-tahun sejak dibekalkan pada tahun 2007 juga pada perkiraan saya boleh digunakan dan hanya memerlukan komputer dan perisian.


* Untuk pembelajaran secara atas talian sehingga anda mampu mengoperasikan mesin tersebut sedikit yuran mungkin akan dikenakan. Yuran yang dikenakan mungkin dalam lingkungan RM100.00 sekali sahaja sehingga anda mampu mengoperasikan mesin sendiri. Saya juga akan kongsikan perisian lain yang anda boleh gunakan. Bayaran yuran tersebut adalah untuk membiayai operasi makmal yang saya kendalikan yang mempunyai mesin seperti CNC Milling, CNC turning, mesin laser C02, 3D printer dll. Selain dari itu ia juga akan digunakan untuk membiayai R&D kami dimana makmal kami juga mengeluarkan komponan/peralatan secara reverse engineering.

Saya berharap pandemik ini akan segera berakhir dan kehidupan dapat diteruskan seperti sediakala. 

Saya mengalu-alukan sekolah yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0122535627

www.wasap.my/60122535627


Sekian dari saya,

Ishak Ibrahim. 

Friday, 11 December 2020

Dilema dalam mempraktikkan TVET dan STEM di sekolah Kem Pendidikan Malaysia

 Assalammualaikum,

Saudara saudari pembaca yang dihormati sekalian. Kita tentu pernah mendengar ibu bapa mempertikaikan pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) kerana tidak mengikut arus semasa dengan memperkenalkan pelajaran yang berkaitan STEM dan TVET di sekolah harian KPM. Andaian ibubapa bahawa KPM tidak pernah mengambil berat tentang TVET dan STEM di sekolah-sekolah harian adalah satu andaian yang tersasar jauh kerana sebenarnya pelajaran STEM dan TVET telah lama diperkenalkan disekolah-sekolah harian.

Pada waktu yang terkini pelbagai mata pelajaran dan peralatan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah harian biasa,  diantaranya lukisan kejuruteraan, lukisan terbantu komputer, mata pelajaran sains dan teknologi, robotik, programing dan pelbagai yang lain sehingga ada sekolah yang diklasifikasikan sebagai sekolah RK (rekacipta) dan sekolah MC (manufacturing centre). Mata pelajaran yang disebutkan tentunya tidak wujud disekolah biasa 20 atau 30 tahun dahulu.

Bukan sahaja pelajaran dalam kelas tetapi juga peralatan yang bernilai ribuan malah ratusan ribu ringgit juga telah dibekalkan untuk kegunaan sekolah-sekolah terlibat. Kesediaan KPM melabur jutaan ringgit bagi meningkatkan pengetahuan teknologi di sekolah-sekolah KPM sememangnya tidak mampu dipertikaikan.

Antara peralatan yang telah dibekalkan di sekolah adalah peralatan robotik di sekolah-sekolah rendah dan juga mesin pembuatan berkomputer di sekolah menengah. Jika mengambilkira peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kementerian mungkin puluhan juta telah diperuntukan. Selain dari itu bengkel-bengkel untuk kerja yang melibatkan kemahiran seperti bengkel rekacipta dan bengkel lain juga telah dipertingkatkan dengan peralatan yang lebih baik.

Bagaimanapun malangnya tidak semua peralatan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah telah digunakan dengan sepenuhnya. Banyak peralatan yang sebenarnya boleh digunakan tetapi tiada yang berkemahiran untuk mengendalikannya. Di sinilah sebenarnya bermulanya masalah. Kementerian Pendidikan kalau kita lihat selama ini tidak pernah menguar-uarkan berkenaan peralatan canggih yang telah dibekalkan ke sekolah-sekolah. Perkara ini sepatutnya di ketahui ramai supaya para ibu bapa dapat mengetahui apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan untuk kemajuan TVET dan STEM di sekolah anak mereka. Sekurang-kurangnya dengan penerangan yang diberikan dapat menghindar persepsi buruk terhadap TVET dan STEM di sekolah oleh ibu bapa dan rakyat Malaysia.

Seterusnya bagaimanakah caranya kementerian pendidikan mencari jalan untuk mengatasi lambakan teknologi yang menjadi gajah putih di sekolah-sekolah KPM? Jawapannya tidaklah mudah, bagaimanapun beberapa langkah boleh dilakukan sebagai langkah awal. Umum mengetahui bahawa kementerian pendidikan sebenarnya keluarga yang sangat besar dan jirannya adalah Kem Pengajian Tinggi yang juga pernah tinggal sebumbung bersama. Di bawah Kem Pengajian Tinggi mempunyai institusi pendidikan yang hebat terdiri dari universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. Diantara tiga institusi tersebut dua daripadanya adalah diklasifikasikan sebagai institusi TVET iaitu politeknik dan kolej komuniti. Di negara ini ada lebih dari 30 buah politeknik dan lebih 100 buah kolej komuniti yang beroperasi. Daripada politeknik dan kolej komuniti ini ada beribu ahli teknologi dalam pelbagai bidang kemahiran yang berkaitan dengan TVET.

Secara mudahnya Kem Pendidikan sebenarnya boleh mendapatkan bantuan dari ribuan pakar pelbagai bidang TVET di politeknik dan kolej komuniti tanpa kos yang tinggi. Disamping itu aset kemanusiaan di dua institusi ini dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu memajukan negara. Politeknik dan kolej komuniti  mempunyai ribuan pakar pelbagai bidang seperti IT, robotik, pemesinan cnc, kimpalan, pemdawaiaan elektrik, elektronik, peraturcaraan komputer, kejuruteraan awam, binaan bangunan dan lain-lain lagi yang sudah tentu mempunyai senarai yang panjang jika ditulis. Cadangan ini bukan sesuatu yang mustahil lebih-lebih lagi sebenarnya KPM dan KPT asalnya dari keluarga yang sama.

Sekian

Ishak Bin Ibrahim