Pages

Feature Top (Full Width)

Thursday, 11 February 2016

VERNIER CALIPER vs DIAL CALIPER vs DIGITAL CALIPER

Tuan-tuan hari ini saya hendak bertanya kepada tuan-tuan, diantara ketiga-tiga alat pengukuran di atas yang manakah lebih tepat?

Vernier caliper

Gambarajah diatas menunjukkan vernier caliper. Vernier caliper mempunyai skala utama dan juga skala vernier. Biasanya vernier caliper datang dengan ketepatan 0.02mm ataupun 0.05mm. Untuk menggunakan vernier caliper memerlukan kemahiran membaca skala dan juga kemahiran mengambil bacaan. Jika bacaan diambil dari sudut yang salah, bacaan akan menjadi kurang tepat.
Saya kongsikan cara mengambil bacaan di youtube


Dial caliper
Gambarajah diatas menunjukkan Dial caliper. Dial caliper mempunyai skala utama dan juga skala dial . Biasanya dial caliper datang dengan ketepatan 0.01mm ataupun 0.02mm. Untuk menggunakan dial caliper memerlukan sedikit kemahiran membaca skala dan juga kemahiran mengambil bacaan. Jika bacaan diambil dari sudut yang salah juga boleh menjadikan bacaan kurang tepat.

Digital caliper

Gambarajah diatas menunjukkan Digital caliper. Digital caliper hanya memerlukan penunjuk digital untuk membacanya. Biasanya dial caliper datang dengan ketepatan 0.01mm dan mungkin yang lebih baik datang dengan ketepatan yang lebih tinggi.


Kesimpulan

Jika saya bertanya kepada pelajar atau mereka yang biasa-biasa sahaja pasti akan mengatakan bahawa Digital caliper yang paling tepat dan paling baik manakala Vernier caliper yang paling kurang tepat. Ini mungkin kerana digital caliper lebih mudah untuk dibaca dan diambil bacaan.

Walau bagaimanapun yang paling bagus atau selesa sebenarnya bergantung kepada pengguna sendiri. Bagi diri saya lebih selesa menggunakan dial caliper kerana bacaan yang didapati lebih tepat. Untuk lebih memahami saya berikan contoh berikut:-

Jika kita mengukur sesuatu benda yang mempunyai ukuran 10.004mm, digital caliper yang mempunyai ketepatan 0.01mm akan memberikan bacaan 10.00mm dan kita tidak akan tahu bahawa ukuran sebenar adalah lebih dari 10.00mm. Jika kita mengukur menggunakan dial caliper kita akan tahu bahawa ukuran adalah lebih dari 10.00mm tetapi kurang dari 10.01. Ini dapat ditentukan daripada kedudukan jarum pada dial caliper. Cuba kita lawati industri yang membuat barang berketepatan tinggi (precision), alat ukuran yg manakah yang pekerja profesional mereka gunakan.

Akhir sekali walau apapun alat pengukuran yang kita gunakan, apa yg penting adalah kemahiran kita menggunakannya. Secanggih manapun alat pengukuran tetapi jika kita tidak mahir menggunakan tidak akan memberikan banyak munafaat.

No comments:

Post a Comment