Assalamualaikum,
Tentu ramai dari kita yang berminat untuk menghasilkan produk sendiri, dengan rekaan sendiri dan dihasilkan sendiri. Kaedah paling mudah adalah dengan memiliki pencetak 3D sendiri, Mesin pemotong laser sendiri atau mesin cnc engraving sendiri.
Bagaimanapun dengan hanya memiliki mesin tidak bermakna kita boleh menghasilkan produk sendiri. Salah satu kemahiran yang perlu ada ialah kemahiran rekabentuk dengan menggunakan perisian tertentu yang boleh menghasilkan bentuk dua deminsi dan juga 3 dimensi.
Untuk mengunakan mesin pemotong laser antara perisian yang perlu dipelajari ialah Adobe Ilustrator dan juga Adobe Photoshop. Dengan mempunyai kemahiran ini akan memudahkan anda menghasilkan produk yang berkualiti dan cantik. Selain dari itu kreativiti individu juga penting untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai tertentu.
Bagi pengguna/pemilik mesin pencetak 3D mereka perlu mempunyai kemahiran menggunakan perisian 3D seperti thinkercad, autodesk inventor, fusion 360, solidwork, catia, dan lain-lain perisian 3D yang sesuai.
Begitu juga dengan pengguna mesin cnc engraving, mereka juga perlu tahu menggunakan perisian CAD CAM seperti inventor cam, fusin 360, mastercam, catia dan lain.
Perisian di atas ada yang diberi secara percuma dan ada juga yng berbayar. Jika anda tidak mahu berasa menyesal atau rugi memiliki mesin canggih di atas. Anda perlu berusaha untuk mempelajarinya.
No comments:
Post a Comment