1) alat electronic boleh guna TB6560 step motor driver board, 3 unit
stepper motor, 24V power supply, spindle (spindle guna hand drill pun
boleh). semua benda nie ada jual secara pakej, boleh cari kat ebay.
harga dalam USD2++.00 kalu tak silap.
2) software untuk control
motor boleh guna mach3 (disediakan sekali kalu beli driver board). atau
boleh download dari internet. kalu nak full version kena bayar.
3)
software untuk cadcam. utk cad boleh guna autocad (pirate pun banyak).
utk cam saya guna cambam trial version (boleh guna 40 kali pastu kena
install semula) kalu nak full version kena beli kod dia. autocad kita
guna untuk mudahkan drawing, cambam kita guna untuk generata g kod dan m
kod. kalu tak guna CAM sofware pun boleh tapi jenuh nak manaip berpuluh
atau beratus baris arahan.
4) pc yang ada LPT printer port sebab driver board akan di kawal melalui port nie.
5)
yang paling leceh nak kena ada body. body kena kuat kalu nak guna untuk
benda keras. kemudian pada body nak kena pasang screw utk gerakkan
axis. kalu nak guna untuk potong foam senang sket kot nak buat body dia.
paling senang cari je body yg terbangkalai pastu pasang dengan alat
electronic dia.
pada pengamatan saya mesin nie kalu rosak pun kena ganti board dia, harga dlm rm150.00
*
pilihan paling senang. beli je cnc mesin yg dah siap sebab ada yg jenis
kecil harga dlm USD700.00 siap pos rasanya. tapi ada gak problem sebab
kena belaja macam mana nak guna n setting. kalu nak buat custommade part
kena tau autocad,cambam. bab macammana nak guna n setting saya boleh
ajar. tak perlu susah2 nak blaja G kod atau M kod sebab kalu guna CadCam
dia akan generate kod sendiri.
* kepada yg dah ada mesin tapi tak tau nak guna pm/sms/msg saya. insyaallah saya tolong.
Assalammualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Untuk pengetahuan anda blog ini saya bangunkan untuk berkongsi minat dan hobby saya terhadap pemisinan menggunakan CNC milling/turning, 3D printing dan mesin laser CO2. Saya juga ada menganjurkan kursus untuk pengguna mesin CNC seperti kolej vokasional dan juga sekolah-sekolah menengah yang mempunyai mesin CNC untuk program "F1 in school" dan juga sekolah yang mempunyai subjek rekacipta. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 012-2535627.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment