Untuk makluman pembaca, pihak kami baru sahaja selesai memberi kursus Mastercam + Mach 3 CNC Milling kepada para pelajar Kolej Vokasional Muar, Johor. Kursus ini dijalankan selama 4 hari dimana pada hari terakhir diadakan praktikal untuk memotong bahan menggunakan kod-kod yang telah dijana menggunakan perisian Mastercam.
Mastercam
Mastercam merupakan perisian yang biasa digunakan oleh industri. Boleh di gunakan untuk menjana kod untuk pelbagai jenama mesin dan pelbagai jenis mesin sama ada milling, turning, wirecut dan sebagainya. Kursus ini telah dijalankan di makmal KV Muar bagi memudahkan pembelajaran pada masa akan datang.
Pemisinan dengan Mesin Milling kawalan Mach 3
Selepas kursus Mastercam, kursus pemesinan secara praktikal telah dijalankan menggunakan Mesin Milling yang ada di Kolej Vokasional. Ini adalah untuk membolehkan pelajar menggunakan mesin tersebut selepas menghadiri kursus. Walaupun mesin yang ada di Kolej Vokasional tidak mempunyai ATC (automatik tool changer) tetapi mesin tersebut boleh diprogramkan seolah-oleh mempunyai manual tool changer dimana pelajar dapat belajar berkenaan "tool lenght offset" dan juga "tool diameter offset".
Sekian
No comments:
Post a Comment