Assalammualaikum
Pembelajaran secara atas talian telah menjadi satu kebiasaan sejak negara dan dunia dilanda pandemik Covid-19. Hal ini berlaku kerana pergerakan dan perjumapaan secara bersemuka telah dihadkan. Pertandingan F1 in school juga terkesan oleh pandemik ini di mana pertandingan hanya dijalankan secara maya. Bilangan penyertaan juga mungkin telah berkurangan disebabkan sekatan pergerakan. Ini dapat dilihat dimana sepanjang tahun 2020 dan 2021 saya tidak menerima permintaan dari mana-mana pasukan F1 in school untuk membantu mereka membina kereta atau mengadakan kursus pemisinan untuk mereka.
Walaubagaimanapun ini tidak bermakna penyaluran ilmu akan terhenti dan dibiarkan terhenti begitu sahaja. Ketika pandemik melanda pembelajaran secara atas talian telah dijalankan secara aktif dimana pelajar dan guru terpaksa mempelajari cara menggukan tools/peralatan pembelajaran seperti microsoft teams, google meet dan lain- lain. Pembelajaran secara atas talian sudah tentu ada kekurangan dan kelebihannya. Saya sendiri juga terpaksa belajar menggunakan perisian pembelajaran untuk menyampaikan ilmu.
Daripada pemerhatian saya pempelajaran secara atas talian juga boleh dipraktikkan untuk mempelajari pemesinan CNC walaupun ia berbentuk praktikal. Antara kelebihan menggunakan pembelajaran atas talian ialah saya boleh menyampaikan ilmu kepada pelajar yang berada jauh termasuk sejauh Sabah dan Sarawak.
Sebelum ini ada pasukan yang terpaksa datang dari Johor Bahru, Kuala Terengganu terpakaksa membawa mesin mereka ke tempat saya di Melaka. Perkara ini bukan semua sekolah mampu lakukan lebih-lebih lagi yang berada jauh termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga ada menerima permintaan dari luar kawasan seperti Pulau Pinang untuk datang ke tempat mereka dan terpaksa saya tolak disebab masa dan kos.
Disebabkan saya telah mempunyai pengalaman mempraktikkan pembelajar secara atas talian lebih dari satu tahun, jadi saya yakin kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengajar secara praktikal.
Antara peralatan yang perlu untuk pembelajaran secara praktikal ialah:-
1) 2 buah komputer yang boleh diaktifkan secara online. 2 buah komputer akan memudahkan untuk mempelajari cara menggunakan perisian.
2) 2 biji camera yang boleh dikatifkan dalam satu masa. Satu untuk memaparkan skrin komputer dan satu lagi untuk memaparkan pergerakan mesin. Jika ada lebih kamera lebih baik. Tujuan camera ini adalah untuk praktikal menggunakan mesin.
3) Talian internet.
Apakah pembelajaran yang akan anda pelajari:-
1) Cara install software yang diberi semasa mesin dibekalkan iaitu
a) VR milling V5 iaitu perisian untuk mengawal pergerakan mesin
b) QuickCam 3D V3 iaitu perisian untuk menjana kod bagi pemesinan 3D, cthnya memesin kereta F1 in school.
c) QuickCam 2D design iaitu melukis dan mengukir bentuk 2D dan seterusnya menjana kod untuk pemesinan, cthnya untuk buat signboard.
2) Cara menggunakan perisian yang dibekalkan untuk menggerakkan mesin dan juga melukis.
Saya akan ajar anda sehingga anda mampu mengoperasikan mesin tersebut dan saya yakin anda mampu melakukannya.
*Penggunaan mesin CNC sebenarnya tidak terhad untuk menyertai pertandingan F1 in school tetapi juga boleh digunakan untuk kerja ukiran kayu, khat dan sebagainya. Adalah satu kerugian di pihak kerajaan yang telah mengeluarkan belanja besar dan juga pelajar jika mesin tersebut tidak digunakam.
*Saya belum pernah jumpa mesin yang mengalami kerosakan teruk, kebanyakan mesin yang digunakan secara aktif mungkin akan mengalami masalah kehausan pada brush motor dan ianya boleh diganti dengan harga yang murah kurang dari RM30.00.
Mesin yang terbiar selama bertahun-tahun sejak dibekalkan pada tahun 2007 juga pada perkiraan saya boleh digunakan dan hanya memerlukan komputer dan perisian.
* Untuk pembelajaran secara atas talian sehingga anda mampu mengoperasikan mesin tersebut sedikit yuran mungkin akan dikenakan. Yuran yang dikenakan mungkin dalam lingkungan RM100.00 sekali sahaja sehingga anda mampu mengoperasikan mesin sendiri. Saya juga akan kongsikan perisian lain yang anda boleh gunakan. Bayaran yuran tersebut adalah untuk membiayai operasi makmal yang saya kendalikan yang mempunyai mesin seperti CNC Milling, CNC turning, mesin laser C02, 3D printer dll. Selain dari itu ia juga akan digunakan untuk membiayai R&D kami dimana makmal kami juga mengeluarkan komponan/peralatan secara reverse engineering.
Saya berharap pandemik ini akan segera berakhir dan kehidupan dapat diteruskan seperti sediakala.
Saya mengalu-alukan sekolah yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0122535627
www.wasap.my/60122535627
Sekian dari saya,
Ishak Ibrahim.
No comments:
Post a Comment