Pages

Feature Top (Full Width)

Wednesday 16 September 2015

F1 IN SCHOOL MALAYSIA

saya terjumpa komen dari seseorang yg sangat dikenali oleh org dlm bidang perniagaan berkenaan F1 in school.

http://universitipts.com/index.php/site/comments/kontrak_f1_di_kementerian_pelajaran/

Petikan dari web diatas

Kontrak F1 di Kementerian Pelajaran

Baca di sini bagi mengetahui apa itu projek "F1 In School".
Sangat jelas dalam berita yang dilaporkan itu bahawa Hishamuddin Tun Hussein bercakap dengan gaya dia adalah salesman bagi gajet-gajet syarikat F1 itu.
Pada masa ini berbuih-buih mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan bercakap tentang gosip kononnya sebuah syarikat yang bernama "F1 In School Sdn. Bhd." yang dikaitkan dengan nama seorang bisnesman Cina "Roy Chu", yang akan diberi kontrak RM189 juta oleh menteri pelajaran bagi membekalkan peralatan projek robot F1 itu.
Bagi komuniti pendidikan pula, mereka mempersoalkan mengapa harus mata pelajaran rekacipta diajarkan kepada murid dengan cara mewajibkan mereka merekacipta kereta robot F1 menggunakan gajet-gajet dan sofwer yang akan dibekalkan oleh syarikat "F1 In School Sdn. Bhd." Sedangkan mata pelajaran rekacipta dapat diajarkan menggunakan banyak peralatan lain yang lebih murah dan efektif.

Apapun benda dah lepas dan rugi rasanya kalau peralatan tu dibiarkan, jadi kami ambil anisiatif untuk jadikannya lebih baik.

Kami boleh latih pelajar dan guru untuk menggunakannya secara maksima supaya aset yg bernilai tidak terbiar oleh kesilapan lalu.

Menarik sebenarnya mesin yg ada di 114 sekolah tu. Banyak benda kita boleh belajar dan buat jika dapat kepakaran yg sebenar.

No comments:

Post a Comment