Salam,
Ilmu pengetahuan yang dipelajari kadang kala tidak digunakan secara maksimum atau di tempat yang sepatutnya. Jadi kita tidak dapat mengetahui apakah ilmu yang dipelajari itu boleh digunakan, mampu digunakan atau sekadar dipelajari hanya untuk lulus sesuatu peperiksaan dan mendapat sijil.
Kadang-kala bila berada di sesuatu tempat saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat tersebut contohnya pemasangan penyaman udara di dewan sekolah atau masjid. Akan timbul persoalan adakah pemasangan tersebut telah mengambil kira segala bebanan penyejukan? adakah bilangan penyaman udara atau jenis penyaman udara yang dipasang sesuai dengan keadaan bangunan atau pemasangan tersebut hanya akan menaikkan bil elektrik dan tidak banyak munafaat.
Begitu juga dengan pemasangan sistem bunyi, walaupun banyak pembesar suara yang dipasang tetapi penonton tidak dapat mendengar suara dengan jelas.
Di sini sebenarnya ruang dimana kemahiran sains dan vokasional yang dipelajari boleh dipraktikkan oleh pelajar dan pengajar. Kajian kes di tempat tersebut sudah pasti sangat menarik dimana kita boleh mempraktikkan dan mengukur kemahiran kita di lapangan sebenar.
Ada pelbagai bidang dimana ilmu yang dipelajari boleh dipraktikkan seperti bidang pemasaran, kejuruteraan dan sebagainya.
Sekian
No comments:
Post a Comment