Pages

Feature Top (Full Width)

Wednesday 13 November 2013

Perisian CADCAM. Kenapa saya suka CAMBAM


Untuk pengetahuan anda cambam adalah perisian cadcam yang saya sangat minati. Ini berdasarkan faktor perisian ini merupakan perisian yang mudah digunakan dan mudah difahami. Perisian ini boleh di muat turun dari internet dan boleh dibuka sebanyak 40 kali untuk trial version. selepas berakhir 40 kali, perisian masih boleh digunakan tetapi kod dihadkan kepada jumlah yang tertentu. Untuk full version boleh dibeli dengan harga kurang dari RM500.00. Perisian ini boleh digunakan untuk operasi engraving, profile machining, 2D 2.5D dan juga 3D machining. Untuk turning juga boleh digunakan tetapi agak kurang menarik.

Cambam merupakan perisian open source dimana ia akan di update secara percuma. Anda juga boleh mengubahsuai post precessor bergantung kepada mesin controller yang anda gunakan. Bagi mesin controller Mach 3 perisian CAMBAM merupakan perisian yang sangat sesuai.


No comments:

Post a Comment