untuk permulaan saya ucapkan terima kasih kepada kawan2 yg sudi
mengikuti tread ini. saya pasti ramai rakan2 yg diluar sana yg berminat
dengan cnc tetapi mungkin tak tahu kat mana nak beli, macammana nak guna
dsbg. sebenarnya mesin cnc kita boleh beli dari ebay, aliexpress dsbg
dengan harga yg murah. walaubagaimanapun kalau anda ada mesin cnc yg
paling canggih sekalipun, mesin tersebut mungkin hanya satu pembaziran,
membosankan atau mungkin disimpan di stor atau dijual semula. sebabnya
tak de kemahiran atau tak tau macammana nak gerakkannya.
secaranya asas mesin cnc terdiri dari beberapa bahagian:-
1)
fizikal mesin yg terdiri dari paksi x,y,z dan setiap paksi mesti
dipasang dengan motor untuk menggerakkannya. motor tersebut bukan motor
biasa tetapi stepper motor (murah) ataupun servo motor (mahal).
2)
mesti ada motor controller untuk sekurang2nya 3 axis. yg murah boleh
guna TB6560 cnc controller. tujuan controller nie adalah untuk
menterjemahkan arahan dari komputer untuk menggerakkan motor.
3)
mesti ada machine controller samaada dalam bentuk software atau harware.
kalau dalam bentuk hardware saudara boleh guna fanuc, heidenhain,
mitsubishi dsbg. dalam bentuk software boleh guna mach 3. saya guna mach
3 dan saya dapati sangat bagus. kalu nak guna yg jenis hardware seperti
yg tersebut mungkin harganya sama dengan sebiji myvi atau saga. anda
juga perlu setup machine controller tersebut supaya dia boleh
menggerakkan motor pada paksi dikehnedaki. mach 3 biasanya akan diberi
percuma kalau kita beli TB6560.
bahagian yg diterangkan diatas
adalah bahagian yg perlu ada pada mesin cnc milling. tetapi adakah cukup
dengan ada benda yg diatas sahaja. jawapanya tidak. anda hanya boleh
bermain2 dengan mesin dan syok tengok dia bergerak saja tetapi tak boleh
nak buat apa2 projek.
apa lagi yg perlu ada? anda perlu benda yg dibawah.
1)
kemahiran menggunakan G code. nak mahir kena belajar la, tambahan pulak
G code hanya boleh buat benda mudah seperti nak tebuk lubang, buat
garisan atau buat bulatan. kalu nak buat projek yg cantik jari anda
boleh patah untuk menaip program yg beratus dan mungkin beribu tangga.
anda juga tak mungkin dapat mencari kordinat yg sesuai untuk untuk
dimasukkan. jadi untuk mengelakkan perkara yg menyusahkan anda perlu ada
benda kedua iaitu:-
2) cadcam software. kalu anda beli TB6560
controller board, anda juga akan diberi software yg dipanggil lazycam,
tapi saya tak pernah guna pun lazycam sebab memeningkan kepala dan pada
saya sangat susah nak guna. apa guna cadcam software nie? gunanya adalah
untuk generate G kod untuk projek yg kita nak buat. jadi tak perlu la
kita pening2 nak manaip program sapai beribu step. dengan cadcam
software kita boleh lukis bentuk yg kita mahukan, kemudian kita beri
arahan jenis pemotongan samaada nak buat lubang, pocket, profile dll.
akhirnya kita akan generate g code dan g code tersebut akan dimasukkan
kepada mesin controller untuk proses pemotongan. software yg saya
gunakan adalah CAMBAM yg saya boleh download dari internet. pada
saya software ini sangat mudah digunakan. anda juga boleh guna software
lain seperti mastercam, surfcam, edgecam dll. software nie kalau nak
beli yg license harganya puluhan ribu, kalau nak yg biasa cari sendiri
kat kedai yg jual cd software dan perlu belajar cara menggunakannnya.
apa lagi yg perlu? camcam software walaupun boleh digunakan untuk
melukis tetapi sebenarnya nak melukis menggunakan cadcam tidaklah
semudah menggunakan cad software seperti autocad. kalau anda ada
kemahiran autocad adalah satu bonus. jadi untuk yg ketiga anda perlu
autocad.
3) Autocad adalah software yg digunakan utk melukis dan
boleh didownload untuk student version atau cari kat kedai cd. software
yg sangat popular popular dalam pendidikan adalah autocad. kemahiran
menggukan cad software adalah satu bonus sebab anda boleh melukis dengan
cepat dan mudah berbanding menggunakan cadcam. utk projek eis
sebenarnya saya tak lukispun. eis hanya send kat saya lukisan komponen
sebab eis tau gunakan autocad. saya hanya tukar dari format dwg kepada
dxf. dari format dxf saya boleh masukkan ke dalam cadcam sofware dan
program jenis pemotonganyg saya hendak lakukan, kemudian saya generate g
code. gcode kemudian saya akan masukkan dalam machine controller mach3,
setup mesin, kemudian run.
untuk proses pemesinan saya saya tak
tunggu pun masa mesin berjalan, saya hanya setup mesin, run dan
kemudian tinggalkan. kadang2 masa cuti saya datang pagi untuk setuk
mesin. tghari, petang atau malam baru saya datang bila pemisinan dah
selesai. cuma aircond perlu dipasang sebagai sistem penyejukan.
penat menulis. nanti saya akan sambung lagi macammana nak gunakan cambam.
No comments:
Post a Comment