Pages

Feature Top (Full Width)

Monday 3 March 2014

rakan tanya pasal relative position, absolute position, machine position

mohon penjelasan sifu2 apakah perbezaan diantara;

 1-relative position
 2-absolute position
 3-machine position

dalam cnc milling .. Huh?

pertama sekali kalau nak faham pergerakan mesin kita mesti tau sistem koordinat iaitu paksi x y dan z untuk sistem 3 paksi. lihat pada gambar rajah.

2-absolute position
sebenarnya adalah absolute koordinat ataupun koordinat mutlak. kod cnc adalah G90 lihat pada gambar rajah,
jika pada asalnya posisi mataalat alalah pada koordinat 0,0
saya nak gerakkan mataalat ke pada kedudukan (1) maka saya masukkan nilai 20,10
kemudian saya nak gerakkan kepada kedudukan (2) maka saya masukkan nilai 20,60

1-relative position
sebenarnya adalah relative koordinat ataupun koordinat bandingan. kod cnc adalah G91 lihat pada gambar rajah,
jika pada asalnya posisi mataalat alalah pada koordinat 0,0
saya nak gerakkan mataalat ke pada kedudukan (1) maka saya masukkan nilai 20,10
kemudian saya nak gerakkan kepada kedudukan (2) maka saya masukkan nilai  0,50

*lihat ada perbezaankan antara 20,60 dan 0,50

3-machine position
sebenarnya ada 2 posisi yang kita kena tau iaitu machine position dan workpiece position. mesin position kita kena setkan sejurus kita onkan mesin , tujuannya adalah supaya mesin tau dimana kekudukanya sekarang, kalau pada controller kita boleh tekan home position. mesin position penting kalau kita ada tool changer atau jika g code kita di program utk berada pada kedudukan tertentu setelah pemesinan. kalau machine position tak betul mata alat boleh terlanggar mesin atau benda kerja.

workpiece position

posisi benda kerja yg kita perlu setkan sebelum memulakan kerj iaitu kedudukan 0,0 pada benda kerja. kedudukan ini kita dah tentukan sejak mula kita fikir nak buat program.

*kesimpulannya
- absolute koordinata atau ralative koordinate tak penting kalau kita nak program guna software cadcam tetapi sangat penting kalau kita nak buat program secara manual
- kalau kita nak main2 dengan mesin cnc ni sebenarnya matematik kena bagus, bukanya nak bagus sangat tapi kena faham asas. kalau macam murid saya sistem koordinat pun tak tau, memang tepuk dahi
- machine position dan workpiece position mesti tau kalau tak nak mesin rosak




No comments:

Post a Comment