Pages

Feature Top (Full Width)

Tuesday 5 April 2016

Komponen penting untuk membina CNC hot wire cutting machine


Berikut saya senaraikan beberapa komponen penting yang diperlukan untuk membina mesin CNC hotwire cuting machine.

Antara komponennya ialah :-
1) 4 unit stepper motor untuk mengawal pergerakan paksi. 4 biji stepper motor ini kosnya lebih kurang RM200.

2) Body mesin diperbuat dari kayu. Sebenarnya badan mesin boleh diperbuat dari bahan lain seperti mild steel, arcrylic dll bahan yang sesuai.

3) 6 unit slider digunakan. Slider yang digunakan ialah slider yang diberi dari kedai peralatan perabut. Jika mahu lebih baik boleh beli slider yang dibuat khas untuk mesin cnc dan harganya lebih mahal.

4) 4 unit brass lead screw adalah sama jenis dengan yang biasa digunakan untuk mesin 3D printer. Kalau mahu lebih baik boleh gunakan ball screw tetapi harganya berganda lebih mahal.

5) Stepper motor controller saya guna yg 4 axis dan menggunakan parallel port. Malangnya buat masa ini komputer yang mempunyai prallal port tidak dikeluarkan lagi, Jadi lebih baik gunakan controller dgn USB port tetapi harganya lebih mahal.

6) Hot wire saya gunaka wire string guitar yang paling halus. Boleh juga gunakan wire lain seperti wire pemanas vipe dll.

7) Power supply saya gunakan adaptor komputer yg sudah lama, jimat kos. Voltan 18V  3.5A. Kalau nak lagi lebih baik boleh gunakan switch power supply. Pastikan Voltan antara 12-36V dan Ampere 3.5A keatas.

Software untuk machine coltroller saya gunakan Mach3 dan hanya paksi X dan Y yg diaktifkan kerana saya gunakan 2 axis sahaja.

Cadcam saya gunakan CamBam iaitu hanya untuk 2 axis x dan y sahaja. jika hendak gunakan 4 axis perlu gunakan software yang lain.

Sekian.

No comments:

Post a Comment