Pages

Feature Top (Full Width)

Tuesday 9 August 2016

Pembaziran dan Baikpulih Mesin Lama









Boleh ke mesin lama dibaik pulih?

Jawabnya boleh sahaja. Tak kisah la lama mana pun selagi dia mesin cnc sudah tentu boleh dibaikpulih.

Semalam saya melawat rakan yang mempunyai mesin lama. Mesin ini diterima secara percuma dari kraftangan memandangkan rakan saya itu pengusaha kraftangan. Pelik bila tengok org beri mesin percuma tapi tak beri latihan dan juga tunjukcara. Ini lah benda yang saya tak suka bila kerajaan belanjakan wang, Tak apa-apa melainkan pembaziran. Kebodohan dulu kini dan harap tidak selamanya.

Mesin ini buatan negara china dan menggunakan controller jenis software NCstudio. Controller ini tidak popular dan sukar digunakan kerana interface yang kurang baik. Selain dari itu ia menggunakan PCI slot pada desktop (teknologi yang saya kira dah pupus masa kini)
Cadangannya saya nak tukar kepada Mach3 controller.


No comments:

Post a Comment