Pages

Feature Top (Full Width)

Sunday 6 July 2014

Mesin CNC yang digunakan untuk membuat kereta F1 in schools membazir?

Untuk makluman pertandingan F1 in school adalah pertandingan peringkat antrabangsa yang dianjurkan setiap tahun. Untuk menjayakannya KPM telah membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan perkakasan yang diperlukan dan perkakasan tersebut ditempatkan di sekolah menengah terpilih di dalam negara. Sekolah-sekolah tersebut dikenali sebagai sekolah MC (manufacturing centre) dan juga RC (reka cipta) kalau tidak silap saya.

Tetapi persolannya adakah perkakasan tersebut telah digunakan secara efektif setara dengan kos yang dibelanjakan untuk mendapatkannya. Saya pernah berbual-bual dengan guru yang terlibat dan jawapan yang saya terima adalah :-

1) mesin ada tetapi tak digunakan sebab nak masuk F1 in schools kena ada penaja
2) tak tau nak guna mesin dan beranggapan mesin hanya boleh buat buah dam sahaja
3) mesin canggih sangat dan takut nak guna

Jawapan diatas memang tak berapa bagus. Bukan salah guru kerana guru yang terlibat kadang-kadang tak pernah lihat atau diberi penerangan yang betul berkenaan mesin CNC.

Beberapa persepsi lain yang tidak betul berkenaan mesin CNC adalah :-

1) Mesin canggih sangat dan tak semua orang boleh guna.

jawapan saya : mesin CNC denford yang dibekalkan disekolah tak canggih mana pun, setakat 3 axis je. kalau beli made in china untuk buat kerja yang sama, harganya tak sampai pun RM10K (10 ribu) berbanding ratusan ribu harga mesin denford dari UK. kelebihan denford ialah ia didatangkan dengan pakej software untuk cadcam. tetapi apa yang saya lihat ada software yang langsung tidak di install pada mesin.

2) Mesin hanya boleh potong kaya balsa

jawapan saya : mesin ini sebenarnya boleh potong macam-macam material seperti kayu (tak semestinya balsa), plastik dan aluminium dan apa-apa benda yang lembut memang boleh potong dengan mesin ni. satu lagi saya nak maklumkan kayu balsa yang digunakan untuk membuat kereta F1 boleh didapati dengan harga yg murah jika boleh diperolehi dari negara pengeluarnya iaitu Indonesia (kat UK rasanya tak de pokok balsa)

 3) Mesin hanya boleh buat kereta F1 mainan sahaja.

jawapan saya : mesin ni nak buat macam-macam pun boleh. contohnya ukiran, keychain, tanda nama/ sign board dan macam-macam lagi. cuba tengok apa yang ada dalam blog ni.

Kesimpulan
Adalah lagi baik jika guru-guru diberi latihan  cara mengendalikan mesin tersebut dan digunakan sepenuhnya dalam matapelajaran rekacipta dan bukan hanya tertumpu pada F1 yang banyak belanja tu.
Bahan mentah boleh gunakan kayu jelutong yang memang murah dan boleh didapati di malaysia atau gunakan acrylic ke. apa macam? boleh?

diharapkan aset kerajaan  dapat digunakan semaksimum yang mungkin sejajar denga kos yang telah dibelanjakan. apa yang saya lihat banyak mesin yang terbengkalai bukan kerana rosak atau apa2 pun tetapi tak tau macam mana nak guna. asyik2 F1 je (tapi tak mampu  nak masuk sebab tak de penaja) yang banyak mengabiskan duit tu tapi hasil tak seberapa.

sekian



No comments:

Post a Comment