Pages

Feature Top (Full Width)

Sunday 6 July 2014

RM49 juta naik taraf makmal sekolah dengan kelengkapan F1 (adakah ia berbaloi?)

RM49 juta naik taraf makmal sekolah dengan kelengkapan F1

MELAKA: Kementerian Pelajaran membelanjakan RM49 juta untuk menaik taraf kemudahan makmal reka cipta di 114 sekolah menengah di seluruh negara.

Kelengkapan perkakasan Formula Satu (F1) itu diimport khas dari United Kingdom sebagai memperkasa kemahiran reka cipta di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pada tahun ini sahaja RM500,000 diperuntukkan bagi keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kecil perkakasan F1 yang rosak dan usang.

"Sejumlah RM1.66 juta juga diperuntukkan bagi membiayai kos pembelian bahan habis guna F1 di sekolah-sekolah pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kem 'F1 in Schools' peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bahan habis guna akan diagihkan ke sekolah terbabit sebelum pertandingan 'F1 in Schools' peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada Oktober depan.

Katanya, pertandingan itu mencatatkan peningkatan penyertaan daripada 54 pasukan pada 2011 kepada 147 pasukan, termasuk satu penyertaan daripada Permata Pintar pada tahun ini.

Mohd Puad berkata, program F1 yang dimulakan secara rintis pada 2005 di 14 sekolah menengah kawasan Lembah Klang itu banyak membantu dalam memberi kemahiran reka cipta, berkomunikasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada pelajar sekolah.
Beliau berkata, peserta yang pernah mewakili negara dalam kejohanan F1 peringkat antarabangsa juga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka seperti Massachusets Institute of Technology, Amerika Syarikat dan Imperial College London, England dalam bidang kejuruteraan sains dan teknologi.

baca berita penuh di sini  http://www.bharian.com.my/articles/RM49jutanaiktarafmakmalsekolahdengankelengkapanF1/Article/



Jawapan saya

Kos yang dibelanjakan di atas sememangnya tidak berbaloi jika semata-mata digunakan untuk membuat kereta mainan F1 dua atau tiga kali setahun. Apa salahnya jika peralatan tersebut digunakan untuk bidang rekacipta dan pembuatan bagi pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran rekacipta. Mesin dah canggih, cuma penggunaan dan pemahaman terhadap mesin sangat mengecewakan.

No comments:

Post a Comment