Pages

Feature Top (Full Width)

Wednesday 11 February 2015

PC base/software controller vs hard ware controller, mana lagi bagus?

Gambar diatas adalah contol controller mesin cnc yang menggunakan PC artau komputer desktop/laptop untuk mengoperasikannya, atau dengan kata lain mesin akan dikawal melalui komputer. Contok sistem kawalan yang menggunakan PC atau software adalah Mach 3, Centroid, WinCnc dll.

Gambar dibawah pula adalah contok sistem kawalan mesin cnc yang munggunakan hardware. Sistem kawalan ini biasanya dipasang terus pada mesin tanpa menggunakan komputer desktop atau laptop. Contohnya Fanuc, Siemens, Fagor, Haidenhain dll.






Persoalannnya ialah yg mana lebih baik atau lebih bagus?

Sukar untuk dinyatakan yang mana lebih baik atau bagus kerana semuanya bergantung kepada kerja ynag kita perlu lakukan.

Memandangkan saya telah menggunakan kedua-dua sistem jadi di sini saya ingin melontarkan sedikit pendapat peribadi saya mengenai kedua-dua sistem.

1) Secara umumnya jika hendak membuat sesuatu kerja atau projek saya lebih suka menggukan sistem software memandangkan ia lebih mudah jika kita hendak memasukkan data dan melakukan simulasi. Butang boleh ditekan dengan menggunakan mouse dengan hanya duduk di kerusi. Kita menggunakan controller jenis hardware kita perlu duduk berdiri dekat denga mesin, hendak memasukkan data juga susah kerana butang perlu ditekan dll.

2) Sistem hardware boleh digunakan sampai bila-bila tidak perlu upgrade dan tidak terdedah kepada virus. Bagi sistem software ianya terdedah kepada virus dan kemungkinan komputer rosak atau sistem komputer yg perlu diupgrade. Untuk memasang semula sistem pada PC memerlukan pengetahuan yg tinggi dan mungkin terpaksa bergantung kepada pembekal sistem yg akan mengenakan bayaran yang tinggi.

3) Untuk pendidikan lebih baik menggunakan sistem PC/sofware kerana ia mudah dikendalikan dan memaafkan. Bagi perkilangan lebih baik gunakan sisten hardware kerana mesin berjalan sepanjang masa dan tidak selalu bertukar-tukar produk.

Oleh itu jika hendak membeli mesin pastikan dulu apakah yang anda perlukan supaya anda tidak kerugian dan mesin terbiar tanpa digunakan.

sekian


No comments:

Post a Comment