Pages

Feature Top (Full Width)

Wednesday 11 February 2015

Saya dah belajar kesana kemari, dah belajar macam-macam tapi bila nak buat projek/atau guna mesin saya tak tau. Kenapa yer?

Assalam,

Tuan-tuan dan puan-puan mungkin pernah mengalami situasi seperti atas. Perkara ini adalah biasa bagi para pengajar dan pelajar yang belajar berkenaan mesin CNC.

Ada ramai pelajar atau pengajar yang mana di institusi mereka ada mesin cnc tetapi hanya jadi gajah putih dan terbiar tidak digunakan. Bukannya mereka tidak pergi berkursus secara teori dan praktikal bahkan mereka berkursus berminggu-minggu berhari-hari namum masih tak mampu nak gerakkan mesin yang ada di depan mata mereka.

Jawapan saya,

Jawapan mudahnya adalah mereka sebenarnya tidak mahir atau tidak memahami mesin yang ada ditempat mereka. Kalau belajar lama mana sekalipun mereka tak akan mampu mengerakkan mesin mereka sendiri kerana mereka tidak memahami sistem kawalan mesin yamg ada di tempat mereka.

Untuk makluman, jika kita hanya belajar teori berkenaan G kod, M kod dll, kita mungkin hanya mampu menghasilkan program tetapi kita tidak akan mampu menggerakkan mesin kerana tidak semua sistem kawalan menggukan kod yang sama. Sistem Fanus dan Siemens sangat berbeza, begitu juga Mach 3 dll. selain dari itu kita perlu memahami apa itu Machine koordinat, Workpeace koordinat, tool length offset, diameter offset dll. Semua perkara ini adalah penting jika kita hendak menggerakkan mesin. Bukan saja tau secara teori tetapi juga tahu bagaimana nak mengaplikasikannya pada mesin yang kita gunakan. Jika kita tidak dapat mengaplikasikannnya kemungkinan kita akan menyebabkan kerosakan pada mesin kita.

Anda mungkin boleh belajar sampai ke luar negara berkenaan mesin cnc dan programing cnc tetapi andaikata ditempat anda belajar menggunakan Siemens controler tetapi di tempat anda mengajar mesinnya menggunakan Mach3 controller sedangkan anda langsung tidak tahu menggunakan Mach 3, adakah anda yakin bila balik anda mampu menggerakkan mesin anda? Jawapan saya : Saya tidak yakin anda mampu melakukannnya walaupun sedikit.

Untuk memahirkannya kita perlu selalu belajar menggukan mesin yg ada ditempat kita. Adakah belajar itu susah? Tidak susah jika ada minat.


Sekian dari saya

No comments:

Post a Comment