Pages

Feature Top (Full Width)

Sunday, 19 February 2017

Teknologi vs Kos yang ditanggung

Untuk menceburi bidang teknologi sememangnya memerlukan kos dan kos tersebut bergantung kepada teknologi apa yang kita mahukan. Kos juga tidak hanya melibatkan kos pemilikan tetapi juga kos latihan dan penyelenggaraan. Dalam kes ini saya hanya merujuk kepada kos untuk membawa teknologi ke dalam bidang TVET (Technical & Vocacional Education Training) memandangkan pendidikan di Malaysia sedang menuju ke arah TVET.

Kalau dahulu mesin canggih seperti CNC (computer numerical control) hanya boleh didapati di sekolah Vokasional dan juga institut pendidikan vokasional yang lain tetapi pada masa kini teknologi tersebut juga telah dibawa ke sekolah harian biasa. Ini terbukti dimana lebih seratus sekolah telah dibekalkan dengan mesin CNC untuk menyertai pertandingan F1 in schools yang diadakan setiap tahun.

Teknologi rapid prototyping iaitu teknologi 3D printing juga telah dibawa ke sekolah menengah harian biasa untuk membolehkan pelajar-pelajar meneroka teknologi baru yang tidak didapati sebelum ini.

Persoalannya berapakah kos untuk membawa teknologi tersebut kepada para pelajar sekolah menengah harian biasa. Kos seringkali dijadikan kekangan dan juga halangan untuk membawa teknologi ke sekolah. kos juga seringkali dijadikan alasan jika sesuatu teknologi itu tidak dapat digunakan kerana rosak dan sebagainya.

Anda boleh sahaja mencari melalui google untuk mengetahui berapakah kos pemilikan mesin CNC untuk sekolah RK (rekacipta) dan MC (manufacturing centre) yang telah dibekalkan ke sekolah-sekolah sebelum ini. Cuba anda pergi ke salah sebuah sekolah tersebut dan lihat keadaan mesin yang mereka miliki.Adakah mesin yang mereka miliki masih boleh digunakan atau rosak ataupun tidak digunakan.

Rata-rata kebanyakan mesin teknologi tinggi yang ada di sekolah-sekolah berada dalam keadaan daif, terbengkalai dan tidak digunakan. Alasan yang sering diberi kerana keadaan ini adalah tidak ada peruntukan, tidak ada yg mahir gunakan mesin dan pelbagai lagi alasan.

Terus terang dapat saya katakan masalah sebenar di Malaysia ialah modal insan, maksudnya bukan modal insan pelajar tetapi modal insan tenaga pengajar dan mereka yang pakar dalam sesuatu bidang.
Untuk mesin Denford CNC Milling yang dibekalkan disekolah-sekolah tertentu, boleh saya katakan mesin tersebut adalah mesin yg cukup lasak dan susah rosak. Kalau ada pun kerosakan hanya memerlukan beberapa puluh ringgit untuk dibaiki, bukannya beribu atau berpuluh ribu. Sekali lagi modal insan menjadi percaturan. Begitu juga dengan peralatan lain seperti robotik dan sebagainya.

Andai kata ada cadangan untuk membawa teknologo rapid protyping/3D printer ke sekolah-sekolah agaknya berapa kosnya. Kosnya boleh menjadi serendah RM2 ribu bergantung kepada lokasi dan juga latihan yang diberikan. Kos penyelenggaraan juga sebenarnya rendah dan amat rendah.

Sebenarnya apa yang perlu adalah mendapatkan mereka yang mahir dari kalangan guru-guru yang boleh berkongsi kemahiran mereka dengan rakan-rakan yang lain. Guru-guru mahir dan mempunyai minat yang tinggi terhadap mesin teknologi tinggi ini berkemampuan bukan setakat mengajar tetapi juga melakukan pembaikan dan penyelenggaraan mudah mesin yang ada. Oleh itu kos dapat dijimatkan dan mesin tersebut boleh terus digunakan dan mengelakkan pembaziran.




No comments:

Post a Comment