Pages

Feature Top (Full Width)

Tuesday, 2 July 2024

Kemahiran rekabentuk dan penghasilan produk

 Assalamualaikum,

Tentu ramai dari kita yang berminat untuk menghasilkan produk sendiri, dengan rekaan sendiri dan dihasilkan sendiri. Kaedah paling mudah adalah dengan memiliki pencetak 3D sendiri, Mesin pemotong laser sendiri atau mesin cnc engraving sendiri.

Bagaimanapun dengan hanya memiliki mesin tidak bermakna kita boleh menghasilkan produk sendiri. Salah satu kemahiran yang perlu ada ialah kemahiran rekabentuk dengan menggunakan perisian tertentu yang boleh menghasilkan bentuk dua deminsi dan juga 3 dimensi.

Untuk mengunakan mesin pemotong laser antara perisian yang perlu dipelajari ialah Adobe Ilustrator dan juga Adobe Photoshop. Dengan mempunyai kemahiran ini akan memudahkan anda menghasilkan produk yang berkualiti dan cantik. Selain dari itu kreativiti individu juga penting untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai tertentu.

Bagi pengguna/pemilik mesin pencetak 3D mereka perlu mempunyai kemahiran menggunakan perisian 3D seperti thinkercad, autodesk inventor, fusion 360, solidwork, catia, dan lain-lain perisian 3D yang sesuai. 

Begitu juga dengan pengguna mesin  cnc engraving, mereka juga perlu tahu menggunakan perisian CAD CAM seperti inventor cam, fusin 360, mastercam, catia dan lain.

Perisian di atas ada yang diberi secara percuma dan ada juga yng berbayar. Jika anda tidak mahu berasa menyesal atau rugi memiliki mesin canggih di atas. Anda perlu berusaha untuk mempelajarinya.




Friday, 23 December 2022

Alat pengukuran vernier caliper

 Salam,

Sekali lagi saya coretkan berkenaan alat pengukuran iaitu vernier caliper. Kali ini dalam bentuk video melalui link di bawah. Alat pengukuran ini merupakan alat yang penting dalam bidang kejuruteraan.

https://youtu.be/b3l8pKDUDUo

Monday, 5 July 2021

Pembelajaran Mesin CNC Denford F1 in school secara atas talian/online

 Assalammualaikum

Pembelajaran secara atas talian telah menjadi satu kebiasaan sejak negara dan dunia dilanda pandemik Covid-19. Hal ini berlaku kerana pergerakan dan perjumapaan secara bersemuka telah dihadkan. Pertandingan F1 in school juga terkesan oleh pandemik ini di mana pertandingan hanya dijalankan secara maya. Bilangan penyertaan juga mungkin telah berkurangan disebabkan sekatan pergerakan. Ini dapat dilihat dimana sepanjang tahun 2020 dan 2021 saya tidak menerima permintaan dari mana-mana pasukan F1 in school untuk membantu mereka membina kereta atau mengadakan kursus pemisinan untuk mereka.

Walaubagaimanapun ini tidak bermakna penyaluran ilmu akan terhenti dan dibiarkan terhenti begitu sahaja. Ketika pandemik melanda pembelajaran secara atas talian telah dijalankan secara aktif dimana pelajar dan guru terpaksa mempelajari cara menggukan tools/peralatan pembelajaran seperti microsoft teams, google meet dan lain- lain. Pembelajaran secara atas talian sudah tentu ada kekurangan dan kelebihannya. Saya sendiri juga terpaksa belajar menggunakan perisian pembelajaran untuk menyampaikan ilmu.

Daripada pemerhatian saya pempelajaran secara atas talian juga boleh dipraktikkan untuk mempelajari pemesinan CNC walaupun ia berbentuk praktikal. Antara kelebihan menggunakan pembelajaran atas talian ialah saya boleh menyampaikan ilmu kepada pelajar yang berada jauh termasuk sejauh Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini ada pasukan yang terpaksa datang dari Johor Bahru, Kuala Terengganu terpakaksa membawa mesin mereka ke tempat saya di Melaka. Perkara ini bukan semua sekolah mampu lakukan lebih-lebih lagi yang berada jauh termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga ada menerima permintaan dari luar kawasan seperti Pulau Pinang untuk datang ke tempat mereka dan terpaksa saya tolak disebab masa dan kos.

Disebabkan saya telah mempunyai pengalaman mempraktikkan pembelajar secara atas talian lebih dari satu tahun, jadi saya yakin kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengajar secara praktikal.

Antara peralatan yang perlu untuk pembelajaran secara praktikal ialah:-

1) 2 buah komputer yang boleh diaktifkan secara online. 2 buah komputer akan memudahkan untuk mempelajari cara menggunakan perisian.

2) 2 biji camera yang boleh dikatifkan dalam satu masa. Satu untuk memaparkan skrin komputer dan satu lagi untuk memaparkan pergerakan mesin. Jika ada lebih kamera lebih baik. Tujuan camera ini adalah untuk praktikal menggunakan mesin.

3) Talian internet.

Apakah pembelajaran yang akan anda pelajari:-

1) Cara install software yang diberi semasa mesin dibekalkan iaitu

a) VR milling V5 iaitu perisian untuk mengawal pergerakan mesin

b) QuickCam 3D V3 iaitu perisian untuk menjana kod bagi pemesinan 3D, cthnya memesin kereta F1 in school.

c) QuickCam 2D design iaitu melukis dan mengukir bentuk 2D dan seterusnya menjana kod untuk pemesinan, cthnya untuk buat signboard.

2) Cara menggunakan perisian yang dibekalkan untuk menggerakkan mesin dan juga melukis.

Saya akan ajar anda sehingga anda mampu mengoperasikan mesin tersebut dan saya yakin anda mampu melakukannya.




*Penggunaan mesin CNC sebenarnya tidak terhad untuk menyertai pertandingan F1 in school tetapi juga boleh digunakan untuk kerja ukiran kayu, khat dan sebagainya. Adalah satu kerugian di pihak kerajaan yang telah mengeluarkan belanja besar dan juga pelajar jika mesin tersebut tidak digunakam.

*Saya belum pernah jumpa mesin yang mengalami kerosakan teruk, kebanyakan mesin yang digunakan secara aktif mungkin akan mengalami masalah kehausan pada brush motor dan ianya boleh diganti dengan harga yang murah kurang dari RM30.00.

 Mesin yang terbiar selama bertahun-tahun sejak dibekalkan pada tahun 2007 juga pada perkiraan saya boleh digunakan dan hanya memerlukan komputer dan perisian.


* Untuk pembelajaran secara atas talian sehingga anda mampu mengoperasikan mesin tersebut sedikit yuran mungkin akan dikenakan. Yuran yang dikenakan mungkin dalam lingkungan RM100.00 sekali sahaja sehingga anda mampu mengoperasikan mesin sendiri. Saya juga akan kongsikan perisian lain yang anda boleh gunakan. Bayaran yuran tersebut adalah untuk membiayai operasi makmal yang saya kendalikan yang mempunyai mesin seperti CNC Milling, CNC turning, mesin laser C02, 3D printer dll. Selain dari itu ia juga akan digunakan untuk membiayai R&D kami dimana makmal kami juga mengeluarkan komponan/peralatan secara reverse engineering.

Saya berharap pandemik ini akan segera berakhir dan kehidupan dapat diteruskan seperti sediakala. 

Saya mengalu-alukan sekolah yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0122535627

www.wasap.my/60122535627


Sekian dari saya,

Ishak Ibrahim. 

Friday, 11 December 2020

Dilema dalam mempraktikkan TVET dan STEM di sekolah Kem Pendidikan Malaysia

 Assalammualaikum,

Saudara saudari pembaca yang dihormati sekalian. Kita tentu pernah mendengar ibu bapa mempertikaikan pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) kerana tidak mengikut arus semasa dengan memperkenalkan pelajaran yang berkaitan STEM dan TVET di sekolah harian KPM. Andaian ibubapa bahawa KPM tidak pernah mengambil berat tentang TVET dan STEM di sekolah-sekolah harian adalah satu andaian yang tersasar jauh kerana sebenarnya pelajaran STEM dan TVET telah lama diperkenalkan disekolah-sekolah harian.

Pada waktu yang terkini pelbagai mata pelajaran dan peralatan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah harian biasa,  diantaranya lukisan kejuruteraan, lukisan terbantu komputer, mata pelajaran sains dan teknologi, robotik, programing dan pelbagai yang lain sehingga ada sekolah yang diklasifikasikan sebagai sekolah RK (rekacipta) dan sekolah MC (manufacturing centre). Mata pelajaran yang disebutkan tentunya tidak wujud disekolah biasa 20 atau 30 tahun dahulu.

Bukan sahaja pelajaran dalam kelas tetapi juga peralatan yang bernilai ribuan malah ratusan ribu ringgit juga telah dibekalkan untuk kegunaan sekolah-sekolah terlibat. Kesediaan KPM melabur jutaan ringgit bagi meningkatkan pengetahuan teknologi di sekolah-sekolah KPM sememangnya tidak mampu dipertikaikan.

Antara peralatan yang telah dibekalkan di sekolah adalah peralatan robotik di sekolah-sekolah rendah dan juga mesin pembuatan berkomputer di sekolah menengah. Jika mengambilkira peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kementerian mungkin puluhan juta telah diperuntukan. Selain dari itu bengkel-bengkel untuk kerja yang melibatkan kemahiran seperti bengkel rekacipta dan bengkel lain juga telah dipertingkatkan dengan peralatan yang lebih baik.

Bagaimanapun malangnya tidak semua peralatan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah telah digunakan dengan sepenuhnya. Banyak peralatan yang sebenarnya boleh digunakan tetapi tiada yang berkemahiran untuk mengendalikannya. Di sinilah sebenarnya bermulanya masalah. Kementerian Pendidikan kalau kita lihat selama ini tidak pernah menguar-uarkan berkenaan peralatan canggih yang telah dibekalkan ke sekolah-sekolah. Perkara ini sepatutnya di ketahui ramai supaya para ibu bapa dapat mengetahui apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan untuk kemajuan TVET dan STEM di sekolah anak mereka. Sekurang-kurangnya dengan penerangan yang diberikan dapat menghindar persepsi buruk terhadap TVET dan STEM di sekolah oleh ibu bapa dan rakyat Malaysia.

Seterusnya bagaimanakah caranya kementerian pendidikan mencari jalan untuk mengatasi lambakan teknologi yang menjadi gajah putih di sekolah-sekolah KPM? Jawapannya tidaklah mudah, bagaimanapun beberapa langkah boleh dilakukan sebagai langkah awal. Umum mengetahui bahawa kementerian pendidikan sebenarnya keluarga yang sangat besar dan jirannya adalah Kem Pengajian Tinggi yang juga pernah tinggal sebumbung bersama. Di bawah Kem Pengajian Tinggi mempunyai institusi pendidikan yang hebat terdiri dari universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. Diantara tiga institusi tersebut dua daripadanya adalah diklasifikasikan sebagai institusi TVET iaitu politeknik dan kolej komuniti. Di negara ini ada lebih dari 30 buah politeknik dan lebih 100 buah kolej komuniti yang beroperasi. Daripada politeknik dan kolej komuniti ini ada beribu ahli teknologi dalam pelbagai bidang kemahiran yang berkaitan dengan TVET.

Secara mudahnya Kem Pendidikan sebenarnya boleh mendapatkan bantuan dari ribuan pakar pelbagai bidang TVET di politeknik dan kolej komuniti tanpa kos yang tinggi. Disamping itu aset kemanusiaan di dua institusi ini dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu memajukan negara. Politeknik dan kolej komuniti  mempunyai ribuan pakar pelbagai bidang seperti IT, robotik, pemesinan cnc, kimpalan, pemdawaiaan elektrik, elektronik, peraturcaraan komputer, kejuruteraan awam, binaan bangunan dan lain-lain lagi yang sudah tentu mempunyai senarai yang panjang jika ditulis. Cadangan ini bukan sesuatu yang mustahil lebih-lebih lagi sebenarnya KPM dan KPT asalnya dari keluarga yang sama.

Sekian

Ishak Bin Ibrahim

 

Monday, 22 October 2018

Mesin CNC Denford 1000 F1 in schools. Boleh ke kita gunakan Window 8 dan terbaru

Assalammualaikum,
Persoalan menggunakan machine controller jenis software ialah adakah ia boleh digunakan dengan window yg berlainan. Ini kerana mesin dibekalkan pada tahun 2007 dan menggunakan window XP, sekarang rata2 mengunakan window 8 dan keatas.

Beberapa minggu lepas Sebuah sekolah dari Johor Bahru telah menghantar mesin kepada kami untuk dibaiki. Oleh itu kami telah mengambil kesempatan untuk menggunakan window 8 dan alhamdulillah experimen itu berjaya.

Jadi kepada pihak yg mempunyai mesin cnc denford 1000 f1 in school tidak perlu risau dengan peningkatan window. Anda boleh saja menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan.

sekian

Monday, 12 February 2018

rapid prototyping machine (3d printer)

Teknologi yang semakin berkembang setiap hari sentiasa menjadikan kos teknologi yang agak mahal suatu ketika dulu menjadi semakin murah dan mampu milik. Hari ini teknologi 3D printer bukan lah sesuatu yang asing bagi sesetengah masyarakat. Masyarakat yang semakin terdedah dengan teknologi maklumat akan mudah mengakses maklumat maklumat terkini berkenaan teknologi 3D printer.


Pada hari ini teknologi ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar dengan harga RM800-RM1000 untuk memiliki peralatan teknologi mampu milik ini. Teknologi ini sangat sesuai untuk dipelajari oleh pelbagai peringkat pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah dan menengah.





Apa yang kita dapat dari teknologi ini bukanlah alat yang boleh digunakan dengan hanya menekan butang tetapi ada ilmu kejuruteraan yang perlu dipelajari untuk menggerakkannya. Teknologi ini akan menjadikan pelajar kreatif dan inovatif kerana mereka akan menggabungkan idea rekabentuk kreatif, kemahiran melukis dgn komputer dan kemahiran teknikal menggunakan mesin.


Mesin 3D printer biasanya menggunakan bahan jenis ABS ataupun PLA sebagai bahan asas. Bahan asas yang digunakan tidak terlalu mahal dan boleh digunakan untuk jumlah penggunaan yang panjang.


Kepada mereka yang berminat untuk membeli peralatan ini dinasihatkan agar mendapat dari mereka yang mahir agar setiap wang yang dibelanjakan mendapat pulangan yang setimpal.


Sekian


Monday, 21 August 2017

Kursus Mastercam + Mach 3 CNC Milling

Untuk makluman pembaca, pihak kami baru sahaja selesai memberi kursus Mastercam + Mach 3 CNC Milling kepada para pelajar Kolej Vokasional Muar, Johor. Kursus ini dijalankan selama 4 hari dimana pada hari terakhir diadakan praktikal untuk memotong bahan menggunakan kod-kod yang telah dijana menggunakan perisian Mastercam.

Mastercam
Mastercam merupakan perisian yang biasa digunakan oleh industri. Boleh di gunakan untuk menjana kod untuk pelbagai jenama mesin dan pelbagai jenis mesin sama ada milling, turning, wirecut dan sebagainya. Kursus ini telah dijalankan di makmal KV Muar bagi memudahkan pembelajaran pada masa akan datang.



Pemisinan dengan Mesin Milling kawalan Mach 3

Selepas kursus Mastercam, kursus pemesinan secara praktikal telah dijalankan menggunakan Mesin Milling yang ada di Kolej Vokasional. Ini adalah untuk membolehkan pelajar menggunakan mesin tersebut selepas menghadiri kursus. Walaupun mesin yang ada di Kolej Vokasional tidak mempunyai ATC (automatik tool changer) tetapi mesin tersebut boleh diprogramkan seolah-oleh mempunyai manual tool changer dimana pelajar dapat belajar berkenaan "tool lenght offset" dan juga "tool diameter offset".






Sekian